Monday, February 15, 2010

som tam..menu aku sekarang


SOM TAM

Assalammualaikum...Selamat Tahun baru Cina n Selamat bercuti..moga tak terlambat untuk aku mengungkapkan ucapan ini kepada seluruh warga Malaysia..

Menu terbaru aku sekarang ialah "som tam"..u all tau tak som tam tu aper? Som tu ialah
campuran betik,tomato ceri,cili padi,bawang putih,gula kabung,asam limau, garam n sedikit kacang tanah ..ni selalu orang siam yang suka makan n resepi ni pun aku dapat dari kenalan siam..hehe ..Bestttt........

Meh kita kongsi cara nak wat som tam nii..


1) parutkan betik muda..n tomato ceri dibelah dua
(rendam dalam air sekejap n sejat airnya)

2) goreng kacang tanah tanpa minyak hga garing..n buang kulitnya

3) tumbuk cili padi (ikut pedas), bawang putih,garam hingga separuh hancur
masukkan gula kabung (atau gula melaka)..tumbuk lagi- ketepikan

4) tumbuk betik yang diparut tadi sedikit,masukkan dalam bekas.. campurkan dengan bahan tumbuk tadi (no.3) , kacang tanah, (leh tambah kcg panjang) n perah asam limau..gaul sebati..n siap..


Selamat mencuba...

"som tam" ni leh juga dikira sebagai menu diet,cuma kurangkan penggunaan gula kabung n kcg tanah..leh tambah kacang panjang, tomato biasa n sayuran lain yang korang suker.. memang berkhasiat.. ada rasa pedas,masam n sedikit manis..

Pada kawan2 yang nak cuba diet dengan mate5, jangan ragu2 lagi..teruskan usaha dan tekad anda...hubungi aku segera 017-3660696 untuk pembelian sebarang produk Hpm atau add aku di FB / nor shuhada ibrahim atau YM
qaseh_shada@yahoo.com..

Monday, February 8, 2010

lost lagi 1kg...time kasih MATE 5


suatu masa dahulu - 75kg
+

JM5
=






Terkini - 56 kg

Assalammualaikum...
Dengan bersemangatnya aku lampirkan lagi gambar terbaru ku..panasss lg nehh..baru snap petang td..hehe....masih ada 1kg lg lemak yang aku perlu nyahkan dalam hidup aku ni..dengan terujanya aku mengisytiharkan berat aku sekarang ialah 56kg.. n menjadikan sebanyak 19kg lemak yang aku dah berjaya hapuskan...insya-allah untuk selamanya...semoga dengan tayangan
gambar2 ini akan menjadi pembakar semangat untuk kalian berdiet dengan mate5 n mencapai apa jua impian kalian...
Aku boleh lakukan, begitu jua kalian, siapa2 pun boleh lakukan... asalkan kalian sanggup lakukan sedikit pengorbanan, perlu ada tekad n semangat yang berterusan..
Jangan tunggu lagi..aku sedia guide kalian mengikut pengalaman aku..hubungi aku segera
017-3660696 atau ym qaseh_shada@yahoo.com atau FB / Nor Shuhada Ibrahim..


Monday, February 1, 2010

puasa n lost lagi 2 kg dgn JM5 !







terkini 57kg


Assalammualaikum...hai..hai..hai..bertemu lg kiter ye..happy sangat2 aku arini..n dengan terujanya aku mengumumkan berat aku dah lost lagi 2kg menjadikan lemak aku dah ilang sebanyak 18kg..n masih ada lg 2kg untuk aku mendapatkan berat target aku 55kg..huhu


Alhamdulillah..dengan semangat n tekad yang ada dalam diri aku, aku berjaya sampai ke tahap ni n merasa perubahan yang amat2 menakjubkan...aku juga menyeru kwan2 di luar sana untuk menyertai perjuangan aku untuk menghapuskan lemak2 degil ni..buatlah perubahan untuk diri sendiri..n yang penting sekali jangan semangat hanya separuh jalan..ingat !kejayaan x datang bergolek..bukan senang nak senang..dan bukan susah nak susah..




Roti wholemeal,kcg panggang n tomato
(juadah berbuka puasa arini n secawan milo kosong)

Sekarang aku lebih gemar berpuasa..sejak aku minum jm5 ni kantung perut aku dah jadi kecik..dah x leh isi lebih2..kalu paksa gak comfom aku rasa nk muntah x pun jadi macam ular sawa..hehe....aku gak nak kongsi pengalaman aku berpuasa ngan jm5 sekarang..bukan setakat penurunan berat menjadi lebih cepat malah badan aku teramatlah cergas..perut pun langsung tak berbunyi..bayangkan aku leh berulang alik ke pwtc mcm biasa, berjalan dari lrt ke rumah berjalan kaki dalam jarak yang jauh, n naik tangga ke tingkat 10 (umah kakak ) mcm biasa..

Padahal aku hanya bersahur dengan JM5..n malam sebelum tu aku hanya makan biskut 3 keping cicah milo kosong (pukul 11 lebih, konon2 tula sahur aku ) atau malam sebelum tido aku minum JM5 n sahur aku minum milo kosong ngan biskut 3 keping....n waktu berbuka aku hanya makan roti wholemeal 2 keping campur kacang panggang 2 sudu makan, hirisan tomato, timun atau salad n sos dengan milo kosong..tu pun kadang2 punya la susah aku nak habiskan ..bukan aku sekat atau paksa diri aku x makan..tapi memang tu yang aku rasa sejak aku amik JM5 ni...selera aku dapat dikawal...

Pada kawan2 semua..jangan tunggu lagi..call aku segera 017-3660696 untuk sebarang urusan pesanan produk atau ym qaseh_shada@yahoo.com atau FaceBook/shada ida..aku takkan bercakap kalu aku sendiri x alaminya...Hidup perlukan perubahan...Insya-Allah aku akan try guide anda sebaik mungkin n mengikut pengalaman aku berdiet..

Thursday, January 21, 2010

Kenali Daku...





Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni tergerak hati aku nak memperkenalkan diri pada kalian , supaya tautan kita menjadi lebih mesra dalam meneruskan perjuangan kita yang satu ni..

Nama penuh aku Nor Shuhada bt Ibrahim..Lahir pada 20 mac 1986..berasal dari Tambun Tulang, Perlis tapi sekarang tinggal kat Cheras. Dah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata yang comel dan keletah. Aku bekerja di kl, siapa nak berjumpa dengan aku n nak kongsi pengalaman boleh je (INSYA-ALLAH ). Anak aku yang sulung Muhammad Naqib Amsyar ( 6 feb nt cukup 3 tahun) yang ke-2 Qaseh Naily Farisya ( lahir pada 3 jun 2009 ).Suamiku Mohd Hanif ,selalu menjadi pendorong dan pembakar semangat aku dalam setiap perkara yang ingin aku lakukan..dialah kekasih, suami, abah kepada anak2 ku juga teman saat suka dan dukaku...


Kepada kawan-kawan semua, sebagai seorang wanita kita mesti jaga penampilan diri. Bukan untuk orang lain..tapi untuk diri kita juga..x kisahla samaada kita masih bujang, dah berkahwin atau dah bergelar ibu...keyakinan diri tu penting untuk kita berdepan dengan orang di sekeliling kita..Kepada yang dah berkahwin jangan pikir sebab dah ada suami dah ada anak , penampilan diri leh di abaikan..nak kisah apakan, dah da orang sayang..Kadang- kadang kita tengok, anak baru sorang , pakaian ,rambut semua dah tak terurus..Jangan macamtu ,walau macam mana pun rupa dan bentuk badan yang tuhan anugerahkan kepada kita ,kita sebagai umatnya kenalah sentiasa memelihara amanat yang diberikan kepada kita...



Dan lagi elok jika sekiranya kita sendiri yang berusaha mencantikkan ia...Pada kawan2 semua jangan tunggu lagi, call aku segera 017- 3660696 untuk dapatkan produk herba prima..segalanya ada disini...X rugi kita melabur ,faedahnya kita sendiri yang dapat...


dulu 75kg

Monday, January 18, 2010

Dulu lain, Sekarang lain...




GAMBAR 2 BULAN LEPAS

75 KG




SEKARANG.......GAMBAR TERBARU

59 KG


NAK JADI MACAM SAYA...?
asal anda sanggup lakukan sedikit pengorbanan pada
tekak dan diri anda.Hasilnya sangat berbaloi..
call saya sekarang...

017-3660696 (ida)

Sunday, January 17, 2010

Jangan Putus Asa...

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia untuk seluruh tetamu Mate5_dihatiku. Moga anda semua sentiasa ceria n sihat selalu..ok, arini kita nak citer pasal berat badan yang tak reti-reti nak turun walaupun dah macam-macam cara dah kita cuba, sampaikan ketahap diet nak separuh mati nii..hehe...

Macam aku sendiri, lepas aku mengambil "suntikan family planning" kali ke-2 ni berat aku menten je 59kg...kalu ikut target aku ni , aku dah dapat berat aidel aku (55kg) sebelum hujung bulan ni..frust gak pada mulanya, yela dah habis sekotak JM5 tapi berat langsung tak berganjak.dah tu aku saja je amik JM5 ni 2x sehari dengan harapan berat cepat turun n dapat melawan ubat yang aku ambik tu...

Tu citer minggu lepas..


Pada kawan2 semua jangan cepat putus asa n berfikiran negetif..tapi tu la realitinya kehidupan manusia ni..x pernah nak bersyukur n puas dengan apa yang tuhan dah bagi..Dari berat 75kg dah turun ke 65kg, target nak turun ke 60kg..bila dah dapat 6okg nak 55kg pulak..lepas dapat 55kg nak berapa kg pulak la ye..hehe, tapi xpe tu dah dikira azam untuk membakar semangat kita supaya menjadi lebih baik..Cuba kita pikir,kita gemuk dah 20 tahun, takkan dalam masa 2 hari kita nak cepat2 kurus..lemak pun dah sebati dalam diri kita, jadi jangan pikir nak kurus cepat. Biar lambat asal selamat.

Mungkin ni juga dugaan dari tuhan nak tengok sejauh mana kesabaran kita..manusia ni kalu tak diuji sentiasa je terleka, lalai...n bila aku pikir-pikir balik aku ni dah dikira bernasib baik, hanya dalam masa 2 bulan berat aku dah berkurang sebanyak 16kg (dikira cepat untuk orang yang mengambil perancang keluarga ).So, sekarang aku tengah usahakan untuk kurangkan lagi 4kg. ( munkin sebab perancang yang aku ambil bak kata Datuk Dr Che Rozmey)...yg 4 kg ni tersangat- sangatla liat nk hilang..Sebelum ni ok je..Tapi aku tak kan berputus asa n toleh ke belakang lagi.


"Alang-alang menyeluk pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan". Xde benda yang mustahil kat dunia ni ,asalkan kita berani mencuba..dan ingat Tuhan takkan mengubah nasib dan hidup seseorang tu melainkan dengan usaha dari dirinya sendiri..pikir-pikirkanlah..


Jadi pada kawan-kawan semua, jangan tunggu lagi..hubungi aku segera di
017-3660696 (ida) atau ym qaseh_shada@yahoo.com... makin kita tunggu , makin banyak lemak yang akan kita kumpul n makin lama jugak masa yang akan kita ambil untuk mengurangkan lemak itu...


***********

Friday, January 15, 2010

Jom kira kalori..



*** Selama ni kita hanya tahu makan, makan dan makan. Tak tau berapa banyak kalori dah masuk ke badan kita. So, start dari hari ni jom kita kira berapa kalori dan lemak yang kita dah kumpul dalam badan kita. ..Kalu dah rasa melebih -lebih tu belajar-belajar la kawal mula dari sekarang, kalu dah lambat menyesal pun dah tak guna...


***KATEGORI MAKANAN RUTIN ***











1. Emping jagung kosong (secawan ) = 160 kalori


2. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori


3. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori


4. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori


5. Roti putih (2 keping) = 156 kalori


6. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori


7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori


8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori


9. Nasi ayam kosong (sepinggan ) = 300 kalori


10. Nasi minyak kosong (sepinggan) =445 kalori


11. Nasi briyani lauk ayam (sepinggan) = 880 kalori


12. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori


13. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori


14. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori




***KATEGORI LAUK-PAUK ***







1. Kacang panggang dalam tin ( 2 sudu makan) = 40 kalori


2. Tauhu goreng ( sekeping ) =110 kalori


3. Telur goreng (sebiji ) =110 kalori


4. Sambal sotong ( 1/2 cawan) = 55 kalori


5. Sambal udang (1/2 cawan ) = 70 kalori


6. Ayam tandoori (sepotong ) = 220 kalori


7. Ayam goreng ( seketul ) = 255 kalori


8. Ayam kari berkuah (seketul) = 250 kalori


9. Daging lembu kari berkuah ( 2 kotak mancis ) = 130 kalori


10. Ikan senangin masam manis berkuah ( sepotong ) = 210 kalori


11. Ikan kembong goreng (seekor ) = 140 kalori


12. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori


13. Ikan kembong kari berkuah (seekor ) = 85 kalori




***KATEGORI MAKANAN SEGERA ***








1. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori


2. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori


3. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori


4. Burger keju (satu) = 425 kalori


5. Sayur kobis hancur (satu cup) = 75 kalori


6. Kentang lenyek (satu cup kecil) = 90 kalori


7. Nugget ayam (satu) = 60 kalori


8. Paha ayam goreng (satu) = 130 kalori






***KATEGORI KUIH***








1. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


2. Sandwic sardin (sekeping) = 70 kalori


3. Karipap (sebiji) = 130 kalori


4. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori


5. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori


6. Popia basah (satu) = 95 kalori


7. Popia goreng (satu) = 130 kalori


8. Cekodok pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori


9. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori


10. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori


11. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori





***KATEGORI BUAH-BUAHAN***






1. Mangga (sebiji ) = 103 kalori


2. Ciku (sebiji ) = 44 kalori


3. Epal (sebiji ) = 63 kalori


4. Nenas (sepotong ) = 59 kalori


5. Jambu batu (sebiji ) = 110 kalori


6. Limau (sebiji ) = 42 kalori


7. Durian (5 ulas ) = 64 kalori


8. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori


9. Betik (sepotong ) = 45 kalori


10. Tembikai (sepotong )= 20 kalori




***KATEGORI MINUMAN ***









1. Yogurt rendah lemak ( 1 cawan) = 90 kalori


2. Mentega (2 sudu teh ) = 75 kalori


3. Susu pekat manis ( 1 sudu makan ) = 71 kalori


4. Ais Krim ( 2 skop ) = 390 kalori


5. Susu tepung tanpa lemak ( 1 sudu makan) = 25 kalori


6. Susu tepung penuh krim ( 1 sudu makan ) = 33 kalori


7. Minuman kotak (250 gram ) = 105 kalori



8 . Minuman bikarbonat ( 1 tin 285 gram ) = 120 kalori





---***---